BENGKEL PENYEDIAN INDEKS DAN BLURB BUKU

Penulisan buku merupakan cetusan idea pengarang tentang sesuatu persoalan berdasarkan kepakaran dalam sesuatu bidang.

Karya ilmiah atau popular memerlukan penulisan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan merujuk kepada gaya penerbit tersendiri. Sudah pasti ramai yang beranggapan bahawa penulisan buku tidak sukar malahan ramai menyamakan penulisan buku adalah seperti penulisan artikel jurnal atau akhbar. Anatomi buku mengandungi bahagian awalan, kandungan dan bahagian akhiran.