RISALAH FI BAYAN HUKM AL-BAY’ WA AL-RIBA, PENGENALAN DAN MANHAJ

PENULIS: Hasanulddin Mohd, Engku Ibrahim Engku Wok Zin, Zurita Mohd Yusoff, Jamalluddin Hashim
ISBN: 978-967-0899-53-4
HARGA: RM42.00
TAHUN: 2017


Kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay’ wa al-Riba ialah sebuah kitab fiqah Melayu yang kurang dikenali masyarakat. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas, mufti kerajaan Negeri Terengganu yang pertama (1839-1853M). Justeru, kitab ini merupakan antara rujukan yang perlu diberikan perhatian, khasnya dalam emmbicarakan fiqah al-muamalat. Penulisan buku ini akan mengenengahkan biodata ringkas Sheikh Abdul Qadir, pengenalan kitab, manhaj yang digunakan, sama ada dalam persembahan penulisan atau penggunaan dalil-dalil syarak. Kitab beliau ini seharusnya mendapat tempat yang sewajarnya dalam amsyarakat kini, begitu juga penulisan terhadap kitab-kitab ulama tempatan seharusnya dirancakkan, terutamanya dalam bidang fiqah muamalat agar masyarakat dapat mengambil manfaat daripadanya. Garapan buku ini diharap dapat mengangkat ketokohan pengarang khususnya, dan para ilmuwan Melayu Islam secara umumnya. Buku ini sesuai ditelaah oleh golongan ilmuwan, pengkaji sejarah, pengkaji manuskrip melayu, pendidik, penuntut dan mereka yang cintakan para ulama dan ilmu itu sendiri.