Bengkel Pelan Pemasaran Penerbit UniSZA

Satu bengkel Pelan Pemasaran Penerbit UniSZA telah diadakan pada 3 Jun 2014 di bilik mesyuarat 1, UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Bengkel sehari tersebut telah disertai oleh semua kakitangan Penerbit UniSZA termasuk Pengarah Penerbit, Profesor Madya Dr. Kamarul Shukri Mat Teh dan Timbalan Pengarah Dr. Bahyah Abdul Halim. Penolong Naib Canselor, Profesor Dr. Kamarudin Mohd Said yang turut sama menyertai bengkel tersebut telah berkongsi pengalaman dan idea beliau dalam membantu Penerbit UniSZA dari segi pemasaran.

Objektif utama bengkel tersebut diadakan adalah untuk merangka strategi dan langkah-langkah pemasaran yang berkesan. Ia dimulai dengan slot ‘post-mortem penyertaan Penerbit UniSZA dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKL 2014). Peserta juga telah diberikan input yang bermanafaat dan berkesan dalam membantu Penerbit dari segi pemasaran pada sesi yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Penerbit iaitu Dr. Bahyah Abul Halim. Selaras dengan kehendak dan hasrat pengurusan tertinggi universiti yang mahukan setiap pusat tanggungjawab agar dapat menjana pendapatan, maka bengkel pemasaran tersebut diharap membantu Penerbit UniSZA untuk mencapai matlamat tersebut.

|| Galeri Foto ||

Copyright © 2017 Penerbit UniSZA. All Rights Reserved.