HARTA PENINGGALAN DARI PERSPEKTIF MASYARAKAT ISLAM PULAU DUYONG

Cover Harta Peninggalan Web

 

Judul: Harta Peninggalan dari Perspektif Masyarakat Islam Pulau Duyong
Penulis: Mohd Ali Mohd Yusuf, Basri Ibrahim
ISBN: 978-967-0899-81-7
Harga: RM 52.00

Setiap manusia akan meninggalkan harta apabila kehidupan di alam fana ini dipisahkan oleh  kematian. Ini kerana banyak usaha dilakukan manusia untuk memenuhi keselesaan kehidupan mereka di dunia sebelum berpindah ke destinasi akhirat. Islam sebagai agama yang membawa kebaikan dan rahmat kepada sekalian alam telah memberi perhatian yang sangat besar berhubung dengan soal mengurus harta peninggalan si mati. Buku ini cuba menyorot perspektif masyarakat Islam di Pulau Duyong, Kuala Terengganu terhadap hak-hak harta peninggalan seperti yang dituntut oleh agama Islam. Pulau Duyong, Kuala Terengganu dipilih sebagai lokasi kajian kerana legasi pengajian Islam ulung yang pernah mewarnai pulau ini suatu ketika dahulu pada abad ke 19M. Keistimewaan buku ini dapat dilihat apabila ia tidak hanya membicarakan mengenai hukum-hakam berkaitan dengan hak harta peninggalan dan harta pusaka, tetapi turut menyentuh secara ringkas sejarah mengenai Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang sangat terhad sumber rujukannya. Selain itu, buku ini turut mengupas tentang persepsi masyarakat Islam di Pulau Duyong terhadap soal pengurusan harta pusaka yang menjadi isu nasional pada masa kini. Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan umum untuk masyarakat awam yang ingin mendalami ilmu pengetahuan mengurus harta peninggalan dan pusaka, atau yang ingin mengetahui sejarah Pulau Duyong, Kuala Terengganu dan mengenali dengan lebih dekat masyarakatnya. Buku ini juga boleh dijadikan bahan rujukan kepada ahli akademik, orang awam dan institusi-institusi berkaitan.