MENINGKATKAN NILAI PROJEK ILMIAH: PENGINTEGRASIAN DENGAN KAEDAH KOMPUTERAN TERMAJU

Meningkatkan Nilai Projek Ilmiah

Judul : Meningkatkan Nilai Projek Ilmiah: Pengintegrasian dengan Kaedah Komputeran Termaju
Penulis: Mohd Nordin Abdul Rahman,Mokhairi Makhtar,Zarina Mohamad,Nurnadiah Zamri,Mohd Isa Awang
ISBN : 978-967-0899-74-9
Harga : RM 66.00

Dalam perencanaan yang melibatkan kerjaya masa hadapan bidang ICT, pensyarah dan pelajar perlu mempertimbangkan penggunaan teknologi terkini dalam membangunkan suatu aplikasi yang memberi manfaat secara langsung kepada manusia. Aplikasi atau inovasi yang dibangunkan perlu memberi impak optimum supaya sebarang permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan efisien. Pengetahuan teori dan praktikal graduan sains komputer yang dilahirkan oleh sesebuah universiti perlu mampu memenuhi keperluan semasa industri mahupun permasalahan global seterusnya secara tidak langsung akan meningkatkan kebolehpasaran pelajar serta mampu berkolaborasi pengetahuan dengan bidang-bidang perkerjaan yang lain. Buku ini cuba mencorakkan pemikiran pelajar untuk menggabungkan teknik-teknik terkini dalam sains komputer lanjutan bagi memastikan keberhasilan produk Projek Tahun Akhir yang dibangunkan pelajar mempunyai ciri inovasi baharu dan mencapai standard keperluan industri. Dengan memahami isi kandungan buku ini, pembaca akan:

  • Memahami bebarapa cabang pengetahuan lanjutan dalam disiplin sains komputer bagi memastikan pembangunan sistem maklumat yang lebih berinovasi.
  • Mampu menggunakan teori-teori komputeran dan matematik yang terpilih bagi penghasilan algorithma sistem berkomputer yang lebih efisien dan berprestasi tinggi.
  • Menggunakan alatan sokongan elektronik dan ICT bagi mereka cipta secara kreatif produk inovasi untuk kegunaan masyarakat and industri pintar.

Penyunting dan penyumbang bab buku ini merupakan pensyarah serta penyelidik dalam bidang ICT di Fakulti Informatik dan Komputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin. Kandungan setiap bab yang ditulis merupakan hasil kajian saintifik yang telah dilaksanakan mengikut metodologi yang bersesuaian dan dapatan kajian telah dianalisis secara komprehensif bagi mengukur tahap keberkesanannya.