BADIUZZAMAN SAID NURSI DAN DIALOG PERADABAN
Judul: Badiuzzaman Said Nursi Dan Dialog Peradaban
Penulis: Mohamad Zaidin Mohamad, Mohd Safri Ali, Zawawi Yusoff
Harga: RM40.00
ISBN:978-967-0899-62-6
Badiuzzaman Said Nursi merupakan penulis kepada Rasail al-Nur dan karyanya itu menjadi khazanah bernilai dalam membangunkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat ke arah pembangunan sebuah peradaban idealyahg utuh dan mampu dikecapi kemanisan dan keindahannya oleh manusia seluruhnya,baik di Timur mahupun Barat. Gagasan pemikiran yang berpaksikan kepada al-Quran membiaskan mutiara-muitara kata dan idea yang membolehkan para pembaca dengan mudah menyingkapinya apabila membaca buku ini.
Buku ini cuba menerokai, mengumpul serta menyusun pemikiran beliau yang berkaitan dengan isu-isu dialog peradaban yang sentiasa menjadi fokus perbincangan masyarakat dunia sehingga ke hari ini. Solusi kepada permasalahan umat islam, malahan masyarakat dunia adalah Islam. Islam adalah agama berpaksikan kebenaran yang mampu membawa manusia kepada persaudaraan dan perdamaian. Hakikatnya, manusia yang benar-benar mencari kebenaran, pasti akan menemuinya dalam Islam. Bagi membuktikan keindahan Islam ini, umat Islam bertanggungjawab mendukungnya melalui perwatakan (akhlak) yang mulia di mana sahaja mereka berada.
Semoga buku ini menjadi inspirasi kepada para pembaca untuk lebih mengenali dan mencintai Islam serta para ulama yang telah mendedikasikan keseluruhan kehidupan mereka umat Islam.