PENERBIT UNISZA TIMBA PENGALAMAN PEMASARAN BUKU BERSAMA PENERBIT UMK

Penerbit UniSZA telah mengadakan satu lawatan kerja ke Penerbit Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 16 Mei. 

Kunjungan pertama kali ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan perkongsian maklumat antara Penerbit UniSZA dengan Penerbit UMK mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan pemasaran dan pengurusan penerbitan buku.

Tidak seperti Penerbit UniSZA, Penerbit UMK diletakkan di bawah pengurusan Perpustakaan universiti berkenaan. Lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Perpustawan UMK, Encik Azman Hashim yang telah menerangkan tentang latar belakang Perpustakaan UMK serta fungsi-fungsi setiap seksyen dan di selang-seli dengan sesi dialog bersama delegasiPenerbit UniSZA.

Delegasi Penerbit UniSZA turut dibawa melawat kedai buku Penerbit UMK bagi melihat dan memahami realiti pengurusan pemasaran di permis tersebut. Di sini dapat diperhatikan sistem pengurusan penjualan buku-buku, aktiviti promosi yang dijalankan dan kesan kepada penjualan buku terbitan UMK. Dari pemerhatian, didapati bahawa Penerbit UMK mengamalkan sepenuhnya strategi pemasaran, produk, tempat dan promosi yang merupakan kekuatan Penerbit UMK dalam penjualan buku. Hal ini jelas satu pendekatan yang sesuai untuk diterapkan di Penerbit UniSZA.

Dengan garapan idea yang bernas serta hala tuju yang jelas terhasil daripada lawatan ini diharap akan membantu merealisasikan pelaksanaan pemasaran yang mampu mengoptimumkan hasil penerbitan serta memberi perubahan yang radikal untuk merencana hala tuju penerbitan yang lebih mantap dalam usaha mengembangkan penerbitan ilmiah di UniSZA.

Penerbit UniSZA dan Penerbit UMK Kongsi Ilmu Penerbitan Ilmiah emel