Aluan Pengarah

dato-anwar

 

Asssalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman web Penerbit UniSZA dapat dibangunkan untuk manfaat khususnya kepada ahli akademik dan semua pengunjung amnya.

Walaupun Penerbit UniSZA masih baharu dalam Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), namun penyertaan aktif kami menerusi program-program penerbitan ilmiah telah meletakkan Penerbit UniSZA setara dengan penerbit Universiti Awam yang lain.

Jumlah judul buku ilmiah yang semakin bertambah memberi cabaran baharu kepada warga Penerbit UniSZA dalam usaha memastikan karya sarjana UniSZA dapat dipasarkan seluasnya demi manfaat masyarakat sejagat.

Mewakili seluruh warga Penerbit UniSZA, saya berharap pembangunan web ini mampu menyebar luas aktiviti penerbitan kami seterusnya menjadikan Penerbit UniSZA sebuah penerbit universiti yang terpandang.

 

Pengarah Penerbit UniSZA
Prof. Dato' Dr. Haji Mohamed Anwar Omar Din

Copyright © 2017 Penerbit UniSZA. All Rights Reserved.