Bengkel Retreat Penerbit UniSZA 2015



Menyedari keperluan meningkatkan kualiti kerja dalam penerbitan, pada 4 Februari lepas, Penerbit UniSZA telah mengadakan satu bengkel yang dinamakan Bengkel Retreat Penerbit dalam usaha merancang strategik piawaian yang ditetapkan dalam Petunjuk Prestasi Utama bagi tahun 2015.

Bengkel selama dua hari satu malam itu diketuai oleh Pengarah Penerbit, Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri Mat Teh bertempat di Impiana Resort, Cherating. Penglibatan kakitangan Penerbit UniSZA dalam bengkel berkenaan dilihat dapat memacu kemajuan Pusat Tanggungjawab (PTj) itu agar menjadi jabatan yang lebih berdaya saing dari aspek penerbitan bahan-bahan ilmiah.

Walaupun berdepan dengan cabaran masa yang begitu singkat, komitmen dalam menjalankan tugas memastikan perancangan pelan strategik PTj itu dapat dihasilkan menerusi beberapa slot perbincangan sepanjang bengkel tersebut.

Analisi kekuatan, kelemahan, ancaman serta peluang sepanjang tahun 2014 menjadi penanda aras bagi Penerbit untuk membina pelan strategik bagi tahun 2015 seiring dengan keperluan penerbitan yang semakin mencabar dewasa ini.

Di samping membuat perancangan strategik, bengkel berkenaan dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kakitangan Penerbit ini bagi memastikan kelestarian kerjasama kerja berpasukan dalam organisasi. 

|| Galeri Foto ||

Copyright © 2017 Penerbit UniSZA. All Rights Reserved.