Sejarah dan Perkembangan Institusi Pengajian Pondok di Negeri Terengganu

photo6111810905877620888


Judul: Sejarah dan Perkembangan Institusi Pengajian Pondok di
Negeri Terengganu
Penulis: Abdul Hakim Abdullah,Ab. Aziz Sulaiman,Mohd Shafiee
Hamzah
ISBN: 978-967-2231-17-2
Harga: RM40.00
Institusi pondok memainkan peranan yang sangat besar
dalam sejarah dan perkembangan pendidikan Islam di negeri
Terengganu. Institusi pondok melalui era kemerosotan apabila
sistem madrasah diperkenalkan. Banyak pondok telah dinaik taraf
menjadi madrasah dan tidak kurang pula yang ditutup. Walau
bagaimanapun, pada hari ini, terdapat usaha untuk menghidupkan
semula sistem pengajian pondok ekoran wujudnya kesedaran
untuk memperkenalkan semula kitab-kitab turath, pengajaran
dan pembelajaran secara talaqqi serta bersanad. Justeru, buku ini
merupakan satu usaha untuk memperkenalkan kepada masyarakat
tentang pondok-pondok yang wujud di negeri Terengganu yang
masih mengekalkan tradisi sistem pengajian pondok. Buku ini
boleh dijadikan rujukan oleh para pengkaji yang ingin mengetahui
tentang tokoh-tokoh ulama, latar belakang dan kurikulum
pondok-pondok yang wujud pada akhir abad ke-20 dan awal abad
ke-21 yang tidak banyak dibukukan.