Kemajuan Kaedah Hitungan Falak
Judul: Kemajuan Kaedah Hitungan Falak
Penulis: Baharrudin Zainal, Sharifah Hamizah Syed Omar, Nurul
Afidah Mohd. Toridi, Ahmad Taufan Abdul Rashid
ISBN: 978-967-2231-19-6
Harga: RM49.00
Apakah yang ada pada naskhah falak alam Melayu? Adakah
kandungannya adalah astronomi Eropah yang disalin semula bagi
mengisi keperluan sezaman? Atau naskhah falak garapan ulama
alam Melayu sebenarnya mengandungi ilmu yang dimajukan
daripada sains Tamadun Islam? Persoalan ini terjawab dalam buku
ini yang diharap dapat mengubah persepsi sumbangan ulama
alam Melayu dalam kaedah matematik dan teknikal berkaitan
aplikasi falak. Bagi memenuhi keperluan beberapa aspek ibadat
khusus, para ulama alam Melayu telah memajukan kaedah
hitungan dan penerbitan maklumat falak. Malahan mereka juga
telah menyatakan dengan jelas dalam naskhah falak yang mereka
hasilkan langkah-langkah hitungan ini bersama dengan kaedah
pengukuran dan penandaannya di lapangan.