Harta Peninggalan dari Perspektif Masyarakat Islam Pulau Duyong
Judul: Harta Peninggalan dari Perspektif Masyarakat Islam Pulau
Duyong
Penulis: Mohd Ali Mohd Yusuf, Basri Ibrahim
ISBN: 978-967-0899-81-7
Harga: RM 52.00
Setiap manusia akan meninggalkan harta apabila kehidupan di
alam fana ini dipisahkan oleh kematian. Ini kerana banyak usaha
dilakukan manusia untuk memenuhi keselesaan kehidupan
mereka di dunia sebelum berpindah ke destinasi akhirat. Islam
sebagai agama yang membawa kebaikan dan rahmat kepada
sekalian alam telah memberi perhatian yang sangat besar
berhubung dengan soal mengurus harta peninggalan si mati. Buku
ini cuba menyorot perspektif masyarakat Islam di Pulau Duyong,
Kuala Terengganu terhadap hak-hak harta peninggalan seperti
yang dituntut oleh agama Islam. Pulau Duyong, Kuala Terengganu
dipilih sebagai lokasi kajian kerana legasi pengajian Islam ulung
yang pernah mewarnai pulau ini suatu ketika dahulu pada abad ke
19M. Keistimewaan buku ini dapat dilihat apabila ia tidak hanya
membicarakan mengenai hukum-hakam berkaitan dengan hak harta peninggalan dan harta pusaka, tetapi
turut menyentuh secara ringkas sejarah mengenai Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang sangat terhad
sumber rujukannya.