Globalisasi Dalam Masyarakat Malaysia: Wacana Terfokus
Judul: Globalisasi Dalam Masyarakat Malaysia: Wacana Terfokus
Penulis: Yendo Afgani@Eusoff, Ahmad Puad Mat Som
ISBN: 978-967-0899-98-5
Harga: RM54.00
Globalisasi adalah satu fenomena pergerakan fizikal dan minda
tanpa sempadan yang menyebabkan aspek masa dan ruang
menjadi semakin sempit. Buku suntingan ini menerangkan idea
dan konsep globalisasi yang dibahagikan kepada tiga tema besar
iaitu hubungan globalisasi dengan komuniti, pelancongan dan
budaya. Tema pertama membincangkan konsep, impak dan
cabaran globalisasi terhadap komuniti. Tema kedua menjelaskan
pelancongan global, pelancongan halal dan penjenamaan
destinasi. Tema terakhir membincangkan pertembungan
globalisasi dengan budaya Melayu dan kearifan tempatan serta
penerimaan masyarakat antarabangsa terhadap produk tempatan.
Buku ini sesuai dimiliki oleh mahasiswa dan staf akademik serta
masyarakat awam yang tertarik memahami fenomena globalisasi,
cabaran serta pengaruhnya kepada masyarakat.