Perundangan Islam Kontemporari Di Malaysia

29744461 1128784183927071 7928436902582604003 o

Judul: Perundangan Islam Kontemporari Di Malaysia
Disunting oleh : Zulkifli Mohd, Syed Mohd Azmi Syed Ab Rahman
dan Ahmad Jazlan Mat Jusoh
ISBN: 978-967-0899-85-5
Harga: RM 63.00
Isu-isu berkaitan perundangan Islam di Malaysia masa kini hangat dibincangkan dalam pelbagai media sama ada media rasmi atau media sosial atas talian seperti facebook, twitter, blog dan seumpamanya. Isu-isu seperti cadangan pindaan Akta 355 (RUU 355), penggubalan dan pelaksanaan hukum hudud dalam konteks negara Malaysia masa kini, pemelukan Islam salah seorang pasangan suami isteri bukan Islam serta konflik perundangan berkaitan dengannya adalah antara isu yang mengundang pelbagai pandangan dalam masyarakat sama ada menyokong atau menentang. Isu-isu sebegini memerlukan penyelesaian praktikal serta seiring dengan kemaslahatan dan tuntutan keperluan masyarakat semasa. Justeru, buku Perundangan Islam Kontemporari di Malaysia ini diterbitkan bertujuan berkongsi hasil kajian bagi mencari jalan penyelesaian secara praktikal dan holistik mengikut kaedah perundangan dan hukum Islam yang boleh membawa kepada kemaslahatan dan keharmonian hidup masyarakat sama ada masyarakat Islam mahupun bukan Islam.