Al-Sirat al-Mustaqim (Kitab al-Taharah dan al-Salah)

34268530 1167656840039805 521724542326931456 n

Judul: Al-Sirat al-Mustaqim (Kitab al-Taharah dan al-Salah)
Penulis: Jamalludin Hashim, Hasanulddin Mohd, Zurita Mohd
Yusoff, Engku Ibrahim Engku Wok Zin
ISBN: 978-967-0899-65-7
Harga: RM175.00
Al-Sirat al-Mustaqim karya Shaykh Nur al-Din al-Raniri
merupakan kitab fiqh yang paling lengkap dan terbesar dalam
bab ibadat dalam bahasa Melayu yang pertama sekali dikarang di
Nusantara. Kitab yang berwibawa ini mempunyai pengaruh yang
amat besar serta digunakan dengan meluas sekali terutama di Aceh
sehingga abad ke-19. Kitab ini juga telah mendapat sambutan yang
menggalakkan di seluruh Gugusan Kepulauan Melayu. Walaupun
kitab ini hanya membicarakan tentang fiqh ibadat sahaja, namun
ia merupakan perintis kepada penulisan kitab-kitab fiqh berbahasa
Melayu. Shaykh Nur al-Din al-Raniri merupakan seorang tokoh
ulama kelahiran India berketurunan Arab. Tetapi umum mengenali
beliau sebagai seorang ulama Melayu-Indonesia yang terkenal di
seluruh Nusantara ini terutamanya di Aceh. Penstrukturan semula
kitab Al-Sirat al-Mustaqim (Kitab al-Taharah dan al-Salah) telah berjaya dilakukan menurut tatacara tahqiq
dengan mengikuti metode gabungan naskhah. Al-Sirat al-Mustaqim merupakan sebuah karya agung dalam
bidang fiqh Mazhab Shafi‘i berbahasa Melayu yang sewajarnya disebarluaskan untuk bacaan umum setelah
teks kitab ini dipermudahkan melalui tatacara tahqiq. Ini merupakan salah satu cara untuk memelihara
khazanah penulisan Melayu Islam warisan ulama-ulama silam daripada pupus ditelan zaman.