Badiuzzaman Said Nursi Penerus Peradaban Insan
Judul: Badiuzzaman Said Nursi
Penerus Peradaban Insan
Penulis: Rahimah Embong, Fadzli Adam, Mohamad Zaidin Mat @
Mohamaad, Hanif Md Lateh @ Junid
ISBN: 978-967-2231-09-7
Harga: RM49.00
Badiuzzaman Said Nursi (1877-1960) merupakan tokoh penting
dalam lipatan sejarah Islam. Said Nursi merupakan tokoh pemikir
Turki yang berjaya mengetengahkan pendekatan-pendekatan
Islam dalam mendepani kolonialisme dan sekularisme. Perjuangan
Nursi adalah melalui kekuatan lisan dan penanya. Kekuatan ini
dapat dilihat melalui hasil karya beliau, terutamanya Rasa’il al-Nur
di samping karya-karya lain. Buku ini menghimpunkan perspektif
sarjana tempatan terhadap Nursi daripada pelbagai aspek. Nursi
penerus peradaban insan, bukan melalui retorik yang dibawa oleh
ketaksuban, sebaliknya dibuktikan secara ilmiah dalam buku ini.
Badiuzzaman Said Nursi mempunyai pandangan luas terhadap
Islam sama ada sebagai landasan masyarakat kontemporari
mahupun sebagai hala tuju umat akan datang. Buku ini telah mengangkat Nursi sebagai simbol kebangkitan
Islam di Turki ketika menghadapi era sekularisme dan kolonialisme. Selain itu, buku ini turut mengungkap
pendekatan Nursi dalam mendepani cabaran akidah serta menformulasikan penerapan yang sejajar dengan
permasalahan dalam bidang ini. Seterusnya, Nursi juga diangkat melalui tafsiran-tafsiran beliau terhadap
isu sosial yang dipasakkan kepada ajaran Islam sebenar.