ISU PENDIDIKAN BAHASA ARAB ASPIRASI GURU-AUTONOMI PELAJAR

PENULIS: Aznida Aziz, Nadhilah Abdul Pisal, Yuslaini Yunus
ISBN: 978-967-0899-36-7
HARGA: RM54.00
TAHUN: 2016
Buku ini mengandungi sepuluh bab yang mengutarakan pelbagai isu pendidikan bahasa Arab di Malaysia berdasarkan senario yang berlaku dalam dunia sebenar. Kupasan isi dalam setiap bab menuntut inspirasi guru dalam pengajaran dan autonomi pelajar dalam pembelajaran bahasa. Peranan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak seharusnya dikesampingkan. Oleh itu, buku ini sesuai dimiliki oleh para guru dan pelajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua mahupun bahasa asing untuk meneroka pelbagai masalah yang sering dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa serta mengenal pasti jalan penyelesaian yang sesuai digunakan untuk membuat penambahbaikan. Keistimewaan buku ini juga turut ditampilkan dengan penyusunan pelbagai bidang ilmu bahasa Arab yang dikaitkan dengan bidang pengajaran dan pembelajaran.