PELAN PEMBANGUNAN WILAYAH KORIDOR: PENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA
PENULIS: Mustafa Dakian
ISBN: 978-967-0899-23-7
HARGA: RM60.00
TAHUN: 2015
Buku ini bertujuan memperkenalkan, mengutarakan, memperjelaskan dan mengupas setiap agenda pembangunan ekonomi wilayah yang bersepadu baik dari perspektif konvensional dan Islam. Kandungan buku yang mencakupi sembilan bab utama yang digarap untuk percambahan maklumat, sumber rujukan ilmiah, perkongsian tentang ilmu pembangunan dan mendukung inspirasi kerajaan untuk mencapai pembangunan ekonomi yang seimbang. Setiap negara di dunia pasti mempunyai agenda pembangunan sosioekonomi untuk rakyatnya. Begitu juga Malaysia apabila pelbagai strategi jangka pendek dan panjang turut dirancang dan dilaksanakan. Salah daripada strategi jangka panjang kerajaan ialah pelan pembangunan lima wilayah koridor ekonomi iaitu di Johor (Wilayah Iskandar Malaysia); Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak (NCER); Terengganu, Pahang, Kelantan dan Mersing, Johor (ECER); Sabah (SDC) dan Sarawak (SCORE). Kelima-lima wilayah koridor ekonomi ini disentuh dalam bajet kerajaan dan Pelan Strategik Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK5). Pelbagai projek dirancang, dibentuk dan dilaksana membabitkan peruntukan kewangan yang cukup besar. Kerajaan juga turut mengemukakan dua strategi utama yang diguna pakai untuk membangunkan kelima-lima wilayah ini.