DADAH KEMELUT KELUARGA TANGANI ANCAMAN

PENULIS: Berhanundin Abdullah, Wan Mohd Yusof Wan Chik, Norizan Abd Ghani, Ahmad Faizol Ismail, Zulkifli Mohd
ISBN: 978-967-0899-20-6
HARGA: RM27.00
TAHUN: 2015


Pengambilan dadah secara berlebihan akan memudaratkan dan mengakibatkan ketagihan. Sehingga kini, masih belum ada ubat yang sesuai untuk merawat ketagihan dadah kerana ia melibatkan otak, badan dan rohani penagih. Pendekatan dakwah yang memberi fokus kepada pengetahuan, rawatan, motivasi dan pembangunan kerohanian perlu dijadikan alternatif dalam merawat para penagih. Penagihan dadah merupakan ancaman kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, institusi keluarga lebih layak mengambil tanggungjawab untuk menangani ancaman dadah dan merawat atau memulihkan penagih. Institusi keluarga perlu faham, peka dan mendapat pengetahuan yang sewajarnya mengenai dadah terutama akibat daripada penyalahgunaan, faktor penagihan, situasi keluarga dan tujuan pemulihan. Pendedahan dan pengetahuan mengenai faktor penagihan dadah oleh institusi keluarga adalah aspek penting bagi mendapatkan formula serta kaedah pemulihan dan rawatan terbaik. Sokongan keluarga dalam menangani kemelut ancaman dadah merupakan asas utama dalam proses penjagaan, pemulihan dan rawatan.