PERBANDINGAN ANTARA PERIBAHASA ARAB DENGAN PERIBAHASA MELAYU

PENULIS: Nik Radhiah Nik Ali, Kamarul Shukri Mat Teh
ISBN: 978-967-0899-22-0
HARGA: RM46.00
TAHUN: 2015


Peribahasa merupakan antara aspek penting dalam bidang bahasa dan budaya. Ia mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan sesuatu bangsa. Gambaran tentang kehidupan dan aktiviti seharian manusia dilakarkan melalui peribahasa dengan cara yang sangat unik. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya peribahasa Arab kaya dengan pelbagai unsur kerana ia muncul dalam sejarah peradaban dan bahasa Arab sebelum 1450 tahun dahulu. Kajian peribahasa Melayu yang bermula kira-kira 120 tahun dahulu pula seperti memperlihatkan terdapatnya pengaruh peribahasa Arab terhadapnya. Hal ini mungkin berlaku melalui kedatangan Islam dan pedagang Arab ke Tanah Melayu. Justeru, buku ini cuba mengkaji tentang peribahasa Arab dan Melayu dari segi kedudukannya dalam masyarakat, perkembangannya dan jenisnya.