RAHSIA CEMERLANG PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

PENULIS: Suhailan Safei, Fadhilah Ahmad, Ahmad Nazari Mohd Rose, Mohd Nordin Abdul Rahman, Azwa Abdul Aziz
ISBN: 978-967-0899-21-3
HARGA: RM29.00
TAHUN: 2015


Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) merupakan satu kursus yang sangat penting bagi mengukur tahap kemampuan dan kematangan pelajar di akhir program pengajian. Sasaran keberhasilan bagi PITA bukan hanya diukur dalam aspek teknikal bidang pengajian tetapi juga melibatkan aspek kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan, pengurusan projek dan kawalan tingkah laku serta emosi. Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengukuran terhadap kemahiran mengaplikasi metod terkini bagi pembangunan sistem maklumat dan perisian merupakan satu elemen penting yang dinilai bagi memastikan tahap kualiti yang piawai telah tercapai. Manakala aspek kemahiran insaniah perlu diukur bagi menilai tahap kematangan pelajar dalam berorganisasi dapat dicapai sebelum memasuki dunia pekerjaan yang sebenar. Buku ini sangat berguna untuk pelajar yang akan mengambil kursus PITA sama ada di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana secara kerja kursus sebagai persediaan bagi memastikan keberhasilan kursus dapat dicapai sepenuhnya. Dengan buku ini, pembaca akan:
• Memahami keperluan teknikal seperti metod pengaturcaraan komputer yang efektif, reka bentuk sistem dan pangkalan data yang efisien dan alatan bantuan yang komprehensif bagi tujuan proses pembangunan sistem
• Mempelajari dan menilai tingkah laku dalam elemen kemahiran insaniah agar proses pembangunan sistem maklumat dan perisian berjalan lancar serta harmoni di sepanjang tempoh pembelajaran.