BENDALIR BADAN MENURUT ISLAM
PENULIS: Basri Ibrahim
ISBN: 978-967-0899-50-3
HARGA: RM42.00
TAHUN: 2016
Buku ini membicarakan tentang bendalir badan secara lengkap menurut Islam dan dilengkapi dengan dalil-dalil, hukum-hukum, isu-isu yang berkaitan dan pandangan pakar-pakar perubatan. Ia lain daripada yang lain kerana membicarakan bukan sahaja persoalan haid, nifas dan istihadah, tetapi turut melibatkan persoalan-persoalan lain seperti junub, mani, darah dan sebagainya. Kesemua persoalan berkaitan bendalir badan dikumpulkan di dalam sebuah buku. Perbahasannya bukan sahaja memfokuskan kepada mazhab al-Syafi’i, iaitu mazhab yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di Malaysia, tetapi turut mengambil kira pendapat-pendapat yang dilontarkan oleh ulama-ulama daripada mazhab-mazhab lain. Isu-isu yang dibentangkan dalam buku ini amat penting untuk diketahui oleh umat Islam dewasa ini, demi memastikan kesahan ibadah yang mereka lakukan. Selain itu, buku ini juga memberi panduan agar pergaulan suami isteri berjalan lancar tanpa melibatkan berbagai-bagai perkara haram. Buku ini amat baik untuk dijadikan bahan bacaan umum dan juga bahan rujukan bukan sahaja kepada para pelajar, bahkan juga kepada pegawai-pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, pakar-pakar perubatan, para medik dan orang awam kerana mengandungi definisi, dalil, hukum, pandangan ulama dan pakar perubatan yang jelas dan mudah difahami.