DINAMIKA PENDIDIKAN BAHASA ARAB: MENELUSURI INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN

PENULIS: Kamarul Shukri Mat Teh, Zulazhan Ab. Halim, Mohd Shahrizal Nasir, Nurazan Mohmad Rouyan
ISBN: 978-983-9842-56-2
HARGA: RM30.00
TAHUN: 2012


Buku ini mengandungi lapan bab yang menghuraikan topik perbincangan berkaitan pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa asing atau bahasa kedua. Perbincangan menyentuh secara khusus beberapa kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang membuka satu dimensi baharu ke arah pelestarian inovasi dalam bidang ini. Pemanfaatan teknologi dalam pendidikan bahasa Arab dapat membantu para pendidik untuk menyemai budaya belajar secara kendiri dalam diri pelajar, selain ia memperlihatkan perkembangan dunia pendidikan bahasa Arab yang seiring dengan perkembangan pendidikan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Penyusunan bab-bab dalam buku ini dibuat secara sistematik iaitu dimulai dengan tajuk-tajuk berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, dan diakhiri dengan tajuk-tajuk yang melibatkan perbincangan tentang petaksiran dan penilaian. Kesemua tajuk yang terkandung dalam buku ini adalah relevan dengan bidang pendidikan di semua peringkat, sama ada peringkat rendah mahupun pendidikan bahasa Arab pada peringkat tinggi. Justeru, buku ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada para pendidik, penyelidik dan pelajar bahasa Arab. Hal ini bertepatan dengan tajuk buku yang mencerminkan satu usaha memartabatkan profesionalisme keguruan menerusi cabang inovasi pendidikan. Diharapkan agar buku ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam lapangan pendidikan bahasa untuk memahami, mendalami dan menyebarluaskan pengetahuan serta penggunaan bahasa Arab di Malaysia.