ANTARA TRADISI DAN MODERNITI KOMUNITI DI SULAWESI SELATAN


PENYUNTING: Yahaya Ibrahim, Mohd Ekhwan Toriman, Kamarul Shukri Mat Teh
ISBN: 978-967-0899-25-1
HARGA: RM42.00
TAHUN: 2015


Kelestarian amalan tradisi komuniti Sulawesi Selatan dalam arus kemodenan sering menarik minat orang ramai untuk mendalami dan mendekati tradisi tersebut. Hubungan silam antara Sulawesi Selatan dengan timur Semenanjung Tanah Melayu, khususnya Terengganu menjadikan keinginan untuk menyelongkarnya membuak - buak. Justeru, buku ini menyingkap dunia tradisi dan dunia moden masyarakat Sulawesi Selatan secara umum, dan Makassar secara khususnya. buah tangan hasil kerjasama penyelidikan Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dan Universiti Islam Negeri Alauddin, Sulawesi Selatan ini menganalisis dan menghuraikan senario persaingan serta asimilasi antara arus kemodenan dan ketahanan tradisi masyarakat Makassar, Ia mengupas sejarah budaya, sosio budaya Bugis - Terengganu, faktor persekitaran punca penghijrahan Bugis di Nusantara, dan rahsia teknologi tradisi industri kapal Pinisi. Buku ini turut membicarakan tentang aspek metafizik, pendidikan tradisi mendepani modenisasi, dan konsep perekonomian masyarakat Tana Toa di Kajang. Selain itu, potensi sektor pelancongan Makassar turut dibincangkan. Pendek kata, tema 'tradisi dan moderniti' menjadikan buku ini bersifat unit dan fikiran pembaca belayar di antara dua zaman. Pendekatannya yang bersifat santai membolehkan buku ini menjadi bacaan atau rujukan pelbagai pihak.