PENGELUARAN HUKUM FIQAH SEMASA BERASASKAN PERUBAHAN SOSIAL


PENULIS: Siti Fatimah Salleh
ISBN: 978-967-0899-13-8
HARGA: RM44.00
TAHUN: 2015


Buku ini ditulis khusus untuk memenuhi keperluan semasa bagi memantapkan pemahaman, serta kaedah yang perlu diambil kira dalam proses pengeluaran (istinbat) hukum fiqah semasa, berasaskan perubahan sosial. Karya ini juga berperanan sebagai panduan metodologi ijtihad, dalam membuat penilaian sesuatu hukum fiqah klasik kepada fiqah semasa. Karya ini ditulis, bermula dengan pengenalan asas tentang perubahan sosial, faktor-faktor yang membawa kepada perubahan sosial serta ciri-cirinya. Kemudian disusuli dengan perkaitan antara perubahan sosial dan ‘uruf mengikut disiplin ahli sosiologi dan Islam. Seterusnya dinyatakan keperluan perubahan hukum hasil dari perubahan sosial, begitu juga dengan pendekatan ijtihad ulama kontemporari dalam penetapan hukum semasa. Kemudian disusuli dengan metodologi ijtihad dalam menganalisis hukum fiqah semasa. Tulisan ini juga memaparkan beberapa contoh implikasi perubahan sosial terhadap hukum fiqah. Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar, sarjana, ahli akademik, penyelidik, penilai dan pengkaji hukum fiqah kontemporari. Ia sesuai dijadikan bahan bacaan dalam kalangan ahli antropologi dan sosiologi, serta mereka yang berhasrat untuk mendalami pengajian fiqah secara mendalam