DIALOG KAJIAN MELAYU KONTEMPORARI

DIALOG KAJIAN MELAYU KONTEMPORARI

Judul: Dialog Kajian Melayu Kontemporari
Penulis: Sharipah Nur Mursalina Syed Azmy, Nazilah Mohamad, Mohd Faradi Mohamed Ghazali, Nor Hasimah
Harga: RM64.00
ISBN:978-967-0899-68-8

Dialaog Kajian Melayu Kontemporari merupakan sebuah buku yang meneroka ilmu baharu berkaitan Melayu, yang bukan hanya meneliti aspek kebahasaan malah aspek kesusasteraan dan kebudayaan. Huraian rinci berkaitan bidang bahasa dan linguistik, kesusasteraan dan kebudayaan dapt dilihat dengan jelas dalam sembilan makalah yang dibukukan bersama. Ketiga-tiga aspek ini tidak dapat dipisahkan dalam membuat penelitian tentang Melayu, maka buku ini menghimpun makalah yang membincangkan aspek tersebut agar parapembaca dapat meluaskan pengetahuan berkenaan Melayu yang tidak hanya tertumpu dalam bidang bahasa. Gabungan penelitian ini membolehkan para pembaca dan peneliti gambaran perkaitan antara bidang bahasa, sastera dan budaya. Do samping itu, kaedah penyelidikan yang terdapat dalam buku u-ini mengetengahkan kaedah penyelidikan baharu dengan menggunakan teori dan pendekatan yang  berbeza dengan penyelidikan sebelumnya. Kaedah penyelidikan yang baharu berupaya menyelesaikan masalah berbangkit yang tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah konvensional. Justeru, dialog Kajian Melayu Kontemporari ternyata berupaya menjadi rujukan berguna bagi pembaca yang suskakan cerminan Melayu dalam menerokai ilmu baharu.

PENATARAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI

PENATARAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB

Judul: Penataran Pendidikan Bahasa Arab Di Peringkat Pengajian Tinggi
Penulis: Mohd Shahrizal Nasir, Muhammad Sabri Shahrir, Zulazhan Ab. Halim, Mohd Firdaus Yahaya, Nurazan Mohamad Rouyan
Harga: RM62.00
ISBN:978-967-0899-60-2

Bidang Pendidikan Bahasa Arab merupakan antara bidang pengajian penting di Malaysia. Buktinya, subjek bahasa arab bukan sahaja diajar di sekolah rendah, malah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Buku ini mengandungi sembilan bab yang disusun secara sistematik bermula daripada perbincangan tentang bahan pengajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian hasil pembelajaran. Hal inilah yang perlu menjadi fokus semua pihak dalam usaha meningkatkan mutu bidang Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia. Kesemua tajuk yang terkanung dalm buku ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan ilmiah bagi mereka yang berada dalam budang Pendidikan Bahasa Arab, sama ada daripada kalangan pelajar, pendidik mahupun pengkaji. Justeru, diharapkan buku ini dapat membantu para pembaca dalam memahami semua topik yang dibincangkan, selain dapat membuka ruang penerokaan baharu dalam penyelidikan Bahasa Arab. Usaha penambakbaikan mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang dilakukan menerusi penghasilan buku ini akan dapat membantu para pelajar terutama di institusi pengajian tinggi untuk mempelajari, seterusnya menguasai bahasa al-Quran dengan lebih baik. 

BADIUZZAMAN SAID NURSI DAN DIALOG PERADABAN

BADIUZZAMAN SAID NURSI DAN DIALOG PERADABAN

Judul: Badiuzzaman Said Nursi Dan Dialog Peradaban
Penulis: Mohamad Zaidin Mohamad,  Mohd Safri Ali, Zawawi Yusoff
Harga: RM40.00
ISBN:978-967-0899-62-6

Badiuzzaman Said Nursi merupakan penulis kepada Rasail al-Nur dan karyanya itu menjadi khazanah bernilai dalam membangunkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat ke arah pembangunan sebuah peradaban idealyahg utuh dan mampu dikecapi kemanisan dan keindahannya oleh manusia seluruhnya,baik di Timur mahupun Barat. Gagasan pemikiran yang berpaksikan kepada al-Quran membiaskan mutiara-muitara kata dan idea yang membolehkan para pembaca dengan mudah  menyingkapinya apabila membaca buku ini.

Buku ini cuba menerokai, mengumpul serta menyusun pemikiran beliau yang berkaitan dengan isu-isu dialog peradaban yang sentiasa menjadi fokus perbincangan masyarakat dunia sehingga ke hari ini. Solusi kepada permasalahan umat islam, malahan masyarakat dunia adalah Islam. Islam adalah agama berpaksikan kebenaran yang mampu membawa manusia kepada persaudaraan dan perdamaian. Hakikatnya, manusia yang benar-benar mencari kebenaran, pasti akan menemuinya dalam Islam. Bagi membuktikan keindahan Islam ini, umat Islam bertanggungjawab mendukungnya melalui perwatakan (akhlak) yang mulia   di mana sahaja mereka berada.

Semoga buku ini menjadi inspirasi kepada para pembaca untuk lebih mengenali dan mencintai Islam serta para ulama yang telah mendedikasikan keseluruhan kehidupan mereka umat Islam.