SEJARAH TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN DAN DAKWAH DI TERENGGANU
PENULIS: Berhanundin Abdullah, Zainab Abdullah, Najmiah Omar, Zurita Mohd Yusoff
ISBN: 978-967-0899-59-6
HARGA: RM40.00
TAHUN: 2017
Sejarah sekadar menyingkap perkembangan tulisan Jawi dan peranannya yang besar dalam mengembangkan ajaran Islam. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi pendidikan dan pemerintahan di Alam Melayu khususnya di negeri-negeri yang diperintah oleh sultan Muslim. Tulisan Jawi semakin hari semakin terpinggir dalam arus pendidikan negara masa kini. Bahkan kehebatannya sebagai tulisan warisan dan tulisan pengembangan dakwah Islam kurang diberi keutamaan. Jiwa patriotisme Melayu untuk memperkasakan tulisan Jawi kian pudar dan sejarahnya mula dilupakan. Oleh itu buku ini menghuraikan sejarah perkembangan tulisan Jawi serentak dengan perkembangan pengajian al-Quran yang menggunakan bentuk huruf dan sebutan yang sama. Tumpuan khusus adalah di Terengganu yang merupakan negeri tertua menggunakan tulisan Jawi sebagaimana yang terukir pada Batu Bersurat Terengganu. Buku ini mengupas tentang sumbangan tulisan Jawi dalam perkembangan ilmu, kesenian, dakwah dan sebagai tulisan warisan dalam pemerintahan dan perundangan. Disentuh juga hal berkaitan keprihatinan masyarakat Melayu, hubungan tulisan Jawi dengan bangsa Melayu dan kedudukannya dalam arus pendidikan masa kini. Uniknya, buku ini mengajak pembaca merenung dan berfikir mengenai masa depan tulisan Jawi yang dipinggirkan oleh anak bangsanya sendiri. Buku ini juga mengajak setiap pembaca agar membangkitkan semangat patriotisme Melayu untuk mempertahan dan memperkasakan tulisan Jawi dalam sistem pendidikan di setiap lapisan pengajian dan menerusi media maklumat.