INDUSTRI EKOPELANCONGAN LESTARI PULAU PERHENTIAN

Cover Perhentian Web

 

Judul: Industri Ekopelancongan Lestari Pulau Perhentian
Penulis: Ibrahim Mamat
ISBN: 978-967-0899-84-8
Harga: RM 17.00         

Teras pembangunan semua pulau di Malaysia, terutamanya Pulau Perhentian ialah menggalakkan industri pelancongan, di samping industri perikanan dan industri desa. Penduduk pulau seramai 2,163 orang masih dibelenggu  masalah kemiskinan, anak mudanya tercicir dari sistem pendidikan, mereka terdedah kepada gejala sosial dan masalah pengangguran. Industri pelancongan di sini berkembang dengan pesat tetapi tidak terurus. Akibatnya persekitaran menjadi cemar dan kehidupan laut mati dan musnah. Nilai  penduduk tempatan yang berasaskan agama Islam semakin terhakis dan diganti dengan nilai luar yang dibawa pelancong. Bagi mengelakkan fenomena ini terus berlaku, buku ini mencadangkan satu pelan pembangunan pulau yang lebih teratur berdasarkan prinsip pembangunan lestari yang merangkumi pembangunan ekonomi, sosial, alam sekitar, keagamaan, dan prasarana. Kemasukan pelancong perlu diurus dan dikawal dengan menggunakan konsep carrying capacity. Jumlah pendapatan hasil dari pelancongan lebih penting dari bilangan pelancong. Penduduk dan pengusaha perlu dilatih untuk membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam industri pelancongan supaya keaslian pulau dapat dikekalkan dan kualiti hospitaliti dapat ditingkatkan. Penduduk dan Kerajaan Negeri hendaklah diberi hak mengenakan caj kepada pelawat yang ingin memasuki tempat tarikan pelancongan. Satu mekanisme tadbir urus yang cekap diperlukan untuk membangunkan industri pelancongan  lestari di Pulau Perhentian.