TAJWID AL-QURAN
Judul : Tajwid Al-Quran
Penulis: Wan Khairul Firdaus Wan Khairuldin, Mohd Mustaffami Imas
Harga: RM27.00
ISBN: 978-967-0899-48-0
Tajwid al-Quran merupakan ilmu paling asas dan terpenting kepada setiap individu bagi membaca al-Quran dengan tepat. Ilmu ini diturunkan bersama-sama penurunan al-Quran iaitu dengan kaedah bacaan khusus yang diajarkan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w.. Kaedah ini akhirnya disusun oleh ulama terkemudian dan dinamakan sebagai ilmu tajwid al-Quran. Justeru, buku ini diterbitkan bagi memberi panduan kepada Muslim untuk mendalami tentang ilmu tajwid al-Quran. Harapannya, masyarakat Islam dapat membaca al-Quran dengan tepat secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, perbincangan buku ini adalah menumpukan kepada perkara-perkara asas dalam ilmu tajwid termasuklah hukum-hukum berkaitan bacaan al-Quran, makhraj dan sifat huruf, hukum nun sakinah dan tanwin, hukum mim sakinah, dan hukum mad. Selain itu, perbincangan tentang hukum-hukum khusus dalam bacaan al-Quran turut dimuatkan dalam buku ini selain hukum berkaitan dengan waqf dan ibtida’. Buku ini disusun dengan ringkas dan padat beserta contoh bagi memudahkan pembaca setiap lapisan umur dan latar belakang. Buku ini sesuai dimiliki oleh masyarakat Islam secara keseluruhannya terutamanya pelajar yang ingin mendalami tajwid al-Quran secara mendalam.