Merungkai Kaedah Solat Mengikut Permasalahan Kesihatan
Judul: Merungkai Kaedah Solat Mengikut Permasalahan Kesihatan
Penulis: Nizaita Omar, Zulkifly Muda
ISBN: 978-967-2231-30-1
Harga: RM 44.00
Kewajipan solat merupakan kewajipan utama setiap Muslim dan menjadi fardu ain dalam melaksanakannya. Tuntutan untuk melaksanakannya adalali ditaklifkan dalam apa jua keadaan selagi akal masih berfungsi. Namun, dengan pelbagai permasalahan dan situasi kesihatan yang dialami, pesakit adakalanya buntu dan keliru tentang cara melaksanakan solat yang tepat dengan kehendak syarak. Malah, lebih mendukacitakan apabila situasi kesukaran (dhiq) dan kesulitan (haraj) yang dihadapi dijadikan alasan untuk sewenag-wenangnya meninggalkan solat. Jesteru, penulisan ini diketengahkan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial dalam mendidik masyarakat untuk istiqamah dan iltizam dalam menunaikan solat tanpa rasa terbeban biarpun berhadapan dengan kesakitan. Perbincangan ini akan berkisar kepada penyelesaian fiqh terhadap cara pelaksanaan solat dengan mengambil kira situasi dan realiti yang sedang dialami oleh pesakit. Situasi dan permasalahan pesakit akan diteliti bagi memberikan jawapan yang sejajar dengan kehendak syarak. Ini seperti, ketidakmampuan berdiri (qiyam) ketika solat, sentiasa berhadas atau keluar najis mahupun kotoran (daim hadith), mengalami penyakit berjangkit atau jenis-jenis penyakit tertentu, tuntutan proses rawatan dan selainnya Penyelesaian fiqh yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan adalah dengan mengambil kira pandangan para ulama silam dan kontemporari daripada pelbagai mazhab. Di samping itu, rujukan fakta-fakta perubatan dan pandangan pakar-pakar perubatan turut dijadikan sandaran sebelum sesuatu keputusan dibuat, Tarjih dan keputusan penyelesaian fiqh yang dibuat adalah berlandaskan kekuatan hujah dan mengambil kira realiti semasa.