PENEROKAAN PENGUKURAN KUALITI HIDUP MAQASID SYARIAH

PENULIS: Mahadzirah Mohamad, Nizaita Omar, Nor Azman Mat Ali, Zainudin Awang
ISBN: 978-967-0899-38-1
HARGA: RM38.00
TAHUN: 2016
Buku ini mengolahkan tentang Maqasid Syariah terdiri daripada lima aspek kehidupan, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunandan harta. Kelima-lima aspek ini akan memainkan peranan penting dalam menjamin kehidupan manusia bagi mencapai kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti di dunia dan akhirat. Cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan penyelidik dan pembuat polisi dalam mengukur kualiti hidup individu berpandukan lima aspek Maqasid Syariah adalah tiada instrumen yang tepat serta boleh dipercayai bagi mengukur kelima-lima aspek. Sehubungan dengan itu, buku ini mencadangkan item pengukuran yang dibangunkan bersumberkan kepada al-quran dan hadis bagi bertujuaan untuk mengukur kelima-lima aspek kehidupan Maqasid Syariah tersebut di atas. Penggunaan al-quran dan hadis ini sebagai sumber pembinaan item pengukuran adalah berdasarkan wasiat Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. " aku tinggalkan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.