AL-QADAYA AL-FIQHIYYAH AL MU’ASARAH
PENULIS: Basri Ibrahim
ISBN: 978-983-9842-45-6
HARGA: RM30.00
TAHUN: 2016
Buku ini membicarakan tentang fiqh semasa daripada pelbagai aspek kehidupan. Fiqh semasa bukanlah satu ilmu yang baru dan bukan satu ilmu yang terpisah daripada fiqh yang pernah dikenali oleh orang-oranag Islam generasi terdahulu, bahkan merupakan ilmu yang membahaskan segala isu yang berkaitan dengan urusan kehidupan, yang ada hubungan dengan hukum syarak yang berbentuk amali termasuk fiqh kemasyarakat dan politik. Cabang-cabang fiqh ini banyak muncul di dunia dewasa ini, kerana ia bergerak selari dengan tuntutan perkembangan kehidupan semasa. Kita mula mendengar tentang fiqh perubatan, fiqh pengaduan dan lain-lain. Dalam lapangan pengkaedahan dan dakwah, muncul di zaman ini fiqh maqasid syariah. Objekitf utama penulisan buku ini adalah untuk menjelaskan tentang konsep sebenar fiqh semasa, sandaran dan garis panduan yang perlu diikuti oleh ulama mujtahid ketika mengkaji berbagai-bagai isu fiqh semasa dan sifat-sifat yang perlu menghiasi diri setiap faqih sebelum membicarakan tentang isu-isu fiqh semasa. Ia juga bertujuan menghuraikan tentang kepentingan ijtihad jama’i dalam fiqh semasa, pembentangan berkaitan dengan hukum hakam, garis panduan, skop dan syarat-syarat yang perlu diraikan ketika menyelesaikan beberapa isu fiqh semasa terpilih dalam lapangan perubatan semasa, yang banyak menarik perhatian masyarakat dewasa ini dan sentiasa menarik perhatian mereka, yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam yang ingin memahami agama dan menekuninya dengan cara yang baik.