MODUL

AL ISTIMA’ WA AL-KALAM
Penulis: Nashaat Baiuomy, Muhammad
Zaid Ismail, Fauzi Abdul Hamid
ISBN: 978-967-2231-01-1
Harga: RM29.00
Kemahiran mendengar dan bertutur
merupakan kemahiran bahasa terpenting
dalam bidang pengajaran bahasa Arab
kepada bukan penutur jati. Kedua-dua
kemahiran ini menjadi wasilah utama
untuk pelajar berkomunikasi dengan
penutur jati bahasa Arab dalam
pelbagai situasi kehidupan seperti
menggambarkan idea dan perasaan
serta menjawab segala persoalan yang
bermain di fikiran. Buku ini mengandungi
bahan bahasa Arab yang pelbagai,
sesuai dengan keperluan pelajar.
Bahan-bahan tersebut dijadikan latihan
untuk pelajar mempraktikkan kemahiran
mendengar dan bertutur dengan yakin
dan berani. Bahan-bahan yang dipilih
mengikut tahap pelajar yang sederhana.
Latihan-latihan dibahagikan kepada dua
bahagian mengikut kemahiran
mendengar dan bertutur.

AL-MIFTAH FI AHKAM AL-NIKAH
Penulis: Jamalluddin Hashim, Siti Khatijah
Ismail, Syh Noorul Madihah Syed Husin,
Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali,
Zulkifli Mohd
ISBN: 978-967-0899-95-4
Harga: RM46.00
Al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan
bahawa perkahwinan merupakan salah
satu sunatullah di dunia. Nabi Adam
diciptakan kemudian diikuti dengan
anak-anaknya mengikut sunah ini.
Kehidupan manusia secara berpasangan
(perkahwinan) menjadi sebab kepada
kewujudan individu-individu. Daripada
individu dan hidup secara berpasangan
ini melahirkan umat dan bangsa yang
pelbagai. Pasangan yang terdiri
daripada lelaki dan perempuan
hakikatnya adalah satu yang
diperlihatkan dalam dua bentuk. Ia
juga dianggap sebagai satu roh yang
berkembang dalam dua jasad dan
sebagai suatu binaan yang terdiri
daripada dua rukun. Bahkan
kedua-duanya merupakan hakikat
kemanusiaan yang sempurna yang
mana setiap daripada keduanya
merupakan sebahagian daripada
hakikat kemanusiaan tersebut.
Sekiranya hanya wujud satu unsur
sahaja, maka tiada kewujudan
manusia. Jika binasa salah satu
daripada dua unsur tersebut setelah
kewujudannya, maka manusia tidak
akan kekal. Mengetahui hukum-
hakam berkaitan perkahwinan dan
mengajarkannya merupakan suatu
keperluan yang penting dan wajib
bagi mereka yang ingin
mendirikan rumah tangga.

REHLAH AL-ZHOM’AN ILA LUGHAH AL-QURAN
Penulis: Nashaat Baiuomy, Abdul Wahid Salleh,
Muhammad Zaid Ismail, Lazim Omar,
Daud Ismail, Nik Murshidah Nik Din,
Anida Awang
ISBN:978-967-0899-92-3
Harga: RM32.00